Sabtu, 22 Februari 2014
Tok Gajah bakal umum pemain musim depan

Damion Delano (tengah) menyatakan kesediaannya untuk kekal bersama Tok Gajah, musim depan
TEKA-teki siapa 23 pemain Pahang termasuk dua pemain import untuk musim depan akan hanya diketahui dalam masa terdekat.
Itu yang dinyatakan Pengurus Pasukan, Datuk Che Nasir Salleh berhubung masa depan 23 pemain dalam skuad itu.
Menurutnya, segala keputusan akan diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.
“Sudah pasti penilaian akan dilakukan terhadap pemain selepas berjaya membantu Pahang meraih Piala Malaysia musim ini.
“Setakat ini tiada keputusan muktamad mengenai kedudukan pemain untuk musim depan. Apa-pun tunggu pengumuman oleh Presiden PBNP dalam tempoh terdekat,” katanya.
Ahad lalu, Tok Gajah berjaya menamatkan kemarau 21 tahun untuk bergelar juara Piala Malaysia selepas menewaskan Kelantan, 1-0 di Stadium Shah Alam.
Jaringan tunggal penyerang import kelahiran Argentina, Matias Ruben Conti pada m-58 meleburkan hasrat Kelantan untuk mempertahankan gelaran juara musim ini.
Setakat ini, beberapa pemain melahirkan hasrat untuk kekal bersama Pahang pada musim depan antaranya pertahanan import mereka, Damion Delano Stewart.
Keputusan kini terletak di tangan persatuan memandangkan beberapa pemain tempatan yang ada sedang diintai dan dilamar oleh pasukan lain yang difahamkan menawarkan pendapatan lebih tinggi.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar